Thursday, February 03, 2011

manis-manis madu atau manisnya bermadu?


Apa yang anda fikir sebaik sahaja membaca tajuk di atas? Tentunya saya ingin membicarakan topik PERKAHWINAN POLIGAMI dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya bukan tajuk sensitif itu yang menjadi target penceritan saya untuk first posting ini. Cuma ingin berkongsi kenapa, mengapa dan bagaimana nama blog ini dinamakan manis-manis madu. Ada cerita di sebaliknya. Nak tahu? Bacalah post ini sampai habis, lepas tu komen, okey? 




Manis-Manis Madu adalah sebuah KEDAI RUNCIT di Taman Chandan Desa, Simpang Pulai, Ipoh, Perak. Big boss syarikat ini ialah en. Mohammad Jasni bin Osman yang mesra dipanggil ustaz oleh masyarakat setempat. Anak-anak memanggil big boss ini dengan panggilan 'abi'. 3M (singkatan Manis-Manis Madu) mula beroperasi sejak saya darjah 3 (sekolah rendah ye) iaitu pada tahun 1996. Wah, 3M sudah berumur 15 tahun!!!!



Nama asal 3M ialah Samarkand Enterprise. Abi mengambil alih kedai ini dari seorang kawan dan mula beroperasi sendirian berhad. Bila Samarkand Enterprise bertukar nama kepada 3M? Ini saya tak pasti, kena tanya big boss lah..

 Al-kisahnya, pulang sahaja dari Ipoh, abi mengumumkan pertukaran nama kedai. Manis-Manis Madu Ent. Ha? Umi (second big boss merangkap isteri tercinta) pastinya orang pertama yang terkejut. "Tak ada nama lain ke?" Jawapan abi, "Pening abi fikir, macam-macam nama abi bagi, nama orang, nama tempat dan nama-nama yang sewaktu dengannya, tapi semua tak boleh daftar. Semuanya dah ada tuan punya. Akhirnya abi bagi nama Manis-Manis Madu Ent. Barulah boleh daftar".

 Pelanggan dan masyarakat sekitar SENYUM-SENYUM je apabila mengetahui nama baru kedai kami. Senyum ada makna lah tu!!! Tentunya mereka fikir seperti yang anda fikir sebaik sahaja membaca tajuk di atas. Hm, kami tak kisah pun.

 Untuk makluman, pekerja 3M terdiri daripada anak-anak big boss dan isteri (second big boss). Gaji kami ialah PAHALA yang menjadi saham di akhirat kelak, bergantung kepada tahap keIKHLASan kami. Nak tengok suasana dan apa yang dijual dalam kedai 3M? Klik lah di anak tauke kedai... best ke??


***Nak MacBook & Nokia N8 PERCUMA?***
http://taufikmaria.blogspot.com/2011/02/nak-macbook-nokia-n8-percuma.html






Comments
7 Comments

7 000 pengunjung bertuah:

  1. dari dulu saya dok pikiaq ape lah maksud 3M nie.. rupenya... =)

    ReplyDelete
  2. Begitulah al-kisahnya. terima kasih!!!

    ReplyDelete
  3. saya pun fikir apa kisah di sebalik nama manis2 madu ni :) ingatkan peminat lebah dan madu.kekeke~

    ReplyDelete
  4. hehe..nma yg unik:)moga bisnes manis2madu berkembang maju:)

    ReplyDelete
  5. heheehe...wat sususpen je masa bca tajuk n3...ghupe2nyer nama kedai jer...huhuhu...moga dgn nama yg unik ini akan sentiasa maju...amin..mudah-mudahan..

    ReplyDelete
  6. hihi..biasa la..perempuan sensitif bila disebut madu. moga bisnes manis2madu berkembang maju hendaknya :)

    ReplyDelete

Pesanan dan komen boleh tinggalkan di sini