Monday, May 16, 2011

testimonial dari Norasmawati @ CH



 
Pada 20 November tahun lalu, saya dan keluarga saya telah pun menginap di Heritage Hotel Cameron Highland. Ini adalah kali pertama saya dan keluarga saya menginap di hotel berkenaan.

Memandangkan ini kali pertama saya, segala yang dilakukan agak kelam kabut. dari mencari arah hingga prosedur check in. ketika ingin mendaftar masuk, Staff hotel telah memberikan perkhidmatan yang baik dan bersabar melayani saya dengan penuh etika sedari mula mendaftar di kaunter lagi.
Apa yang saya dapati, sepanjang penginapan saya, saya sangat berpuas hati dengan kemudahan dan fasiliti yang disediakan pihak hotel disamping kos penginapan yang berpatutan termasuk lokasi hotel yang menenangkan minda.Tiada cacat cela yang saya dapati dalam percutian saya kali ini. Syabas diucapkan.
Saya pasti akan berkunjung lagi ke Heritage Hotel, tetapi bersama rakan atau saudara mara sekaligus memperkenalkan Heritage Hotel kepada mereka. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih pada Zuliza dan Amin yang memperkenalkan saya pada Maria. Maria, terima kasih juga atas layanan dan kerjasama yang telah diberikan.
(posted via email)

0 000 pengunjung bertuah:

Post a Comment

Pesanan dan komen boleh tinggalkan di sini