Wednesday, February 01, 2012

kesilapan yang mungkin anda lakukan semasa menguruskan badan

KESILAPAN 1 : Kurang Berpengetahuan Tentang Ilmu Pengurusan Berat Badan.

Semasa saya menjalankan perniagaan langsing badan, saya bertemu dengan ramai pelanggan yang teringin sangat nak kurus, tapi mereka tidak ada sebarang ilmu pengetahuan tentang pengurusan berat badan.

Mereka senang dipengaruhi oleh iklan dan menaruhkan 100%  harapan mereka kepada produk yang diiklankan. Akhirnya, mereka menghabiskan duit yang banyak tapi tidak dapat keputusan yang diingini.

Perkara ini sungguh menyedihkan.

Dalam artikel ini, saya berkongsi serba sikit ilmu pengetahuan yang asas tentang pengurusan berat badan, harap ia membantu.

Menurut  British Nutrition Foundation, Kaedah Pengiraan Kalori adalah cara kuruskan badan yang terbaik. Ini adalah kerana ia menyelesaikan masalah dari puncanya.

Secara ringkasnya,

Jika input (jumlah kalori yang masuk) > output (jumlah kalori yg digunakan) = berat badan naik

Jika input (jumlah kalori yang masuk) = output (jumlah kalori yg digunakan) = berat badan kekal

Jika input (jumlah kalori yang masuk) < output (jumlah kalori yg digunakan) = berat badan turun

oleh itu:
1.  Kirakan kalori yang anda perlukan untuk menyokong berat badan kini.


2. Kirakan kalori yang perlu dikurangkan untuk penurunan 1-2kg dalam seminggu


3. Semak kandungan kalori yang ada dalam makanan dan minuman harian anda, dan pastikan ia tidak melebihi kalori keperluan harian anda.




KESILAPAN 2 : Kurang Makan, Lebih Cepat Penurunan Berat Badan?


Jawapannya Tidak.


Semasa kita kurang makan secara melampau, badan kita akan masuk ke dalam “mode kelaparan”. Untuk elakkan daripada kebuluran, badan kita akan menyerap lebih banyak kalori daripada makanan.


Dalam "Mode Kelaparan" juga, badan kita akan mempertahankan lemak badan simpanan , dan mengurangkan otot badan kita.


Semasa otot badan kita berkurangan, kadar metabolisma kita akan turun. Seterusnya, penurunan berat badan akan makin perlahan.


Oleh itu:


1. Dapatkan keperluan kalori minima harian anda supaya badan anda tidak masuk "Mode Kelaparan"


2. khidmat nasihat tentang cara kurus badan yang sihat & berkesan.




KESILAPAN 3 : Kita Boleh Kuruskan Badan Tanpa Bersenam


Untuk berjaya dalam Penurun Berat Badan, kita harus memahami salah satu faktor yang penting, iaitu kadar metabolisme.


Kadar metabolisme – kadar pembakaran kalori dalam badan kita – ditentukan oleh jumlah otot badan kita. Semakin banyak otot badan, semakin tinggi kadar metabolisma. Oleh itu, kadar metabolisme golongan lelaki lebih tinggi daripada wanita sebab jumlah otot badan lelaki lebih banyak. Kadar metabolisme golongan orang muda pula  lebih tinggi daripada golongan orang berumur sebab jumlah otot badan orang muda  lebih banyak.


Secara umumnya, otot badan akan bakar lebih banyak kalori jika dibandingkan dengan lemak. Menurut kajian, sekiranya otot badan kita berkurangan akibat daripada Pemakanan Kalori Rendah, kadar metabolisme kita boleh diturunkan sebanyak 45 peratus.


Jadi, kita patut amalkan pemakanan seimbang dan bukan pemakanan kalori rendah.




Apa akan berlaku jika kita kurangkan kalori dengan melampau dan tidak bersenam?


Semasa kita kurangkan kalori, otot dan lemak badan kita akan berkurangan. Kadar pengurangan otot adalah lebih cepat daripada kadar pengurangan lemak. Tetapi, semasa berat badan naik, hanya lemak badan sahaja akan kembali.


Ini bermakna, lemak badan kita akan semakin bertambah dan otot badan akan semakin berkurangan. Keadaan ini dapat dielakkan dengan senaman.


artikel asal: CHIA



~Kunjungi facebook saya utk pertanyaan & pembelian~
Klik di bawah utk ketahui:

0 000 pengunjung bertuah:

Post a Comment

Pesanan dan komen boleh tinggalkan di sini