Wednesday, March 09, 2011

Soalan Lazim tentang Hotel


Anda Tanya, Kami Jawab


S: Bila boleh mula buat tempahan?

J: Anda boleh mula buat tempahan seelok2nya 3 bulan dari tarikh check in terutama pada musim cuti sekolah. (Supaya anda tidak kecewa apabila pihak kami maklumkan bilik telah penuh, fully booked).


S: Memang perlukan No. Fax? Emelkan Slip Confirmation tak boleh?

J: Kami berurusan dengan pihak hotel melalui fax. Dan kami akan berikan Confirmation Slip kepada anda juga melalui fax. Kami masih belum mempunyai scanner untuk emelkan kepada anda. Maaf ye. Doakan semoga kami mempunyai rezeki yang lebih untuk mendapatkan scanner.


S: 13 buah hotel sahajakah? Hotel lain?

J: Buat masa ini hanya 13 buah hotel yang masih berkontrak dengan kelab kami. Kami dalam penambah baikan untuk menambah senarai hotel demi keselesaan anda.


S: Memang sehari boleh tempah 2 bilik je?

J: Ya, memang itu peraturannya. Jadi, siapa cepat dia dapat!!!


S: Berapa orang boleh masuk dalam sebuah bilik?

J: Hanya 2 orang dewasa. Tak boleh lebih, kalau lebih, anda jawab sendiri dengan pihak hotel kalau ada apa-apa berlaku. kami tidak bertanggungjawab.


S: Bagaimana dengan kanak2?

J: Kanak2 bawah 12 tahun sahaja dibenarkan bersama 2 orang dewasa. Maximum kanak2 ialah 2 orang.


S: Extra Bed memang boleh dapat ke?

J: Boleh, sekiranya masih ada (available). Extra Bed terhad. Tertakluk kepada kekosongan semasa anda check in.


S: Kena bayar RM50 jugak ke?

J: Kami sudah menyediakan jawapannya. Sila klik sini.


S: Kalau dah tempah, boleh batalkan tempahan tak?

J: Boleh, tapi kami tak galakkan. Sila hubungi kami untuk membatalkan tempahan anda sekurang2nya 2 minggu sebelum tarikh check in.


S: Batalkan tempahan dapat duit semula tak?

J: Sudah tentu kami akan pulangkan duit anda. Anda bayar RM100, kami akan pulangkan semula RM100. Tiada sesiapa yang rugi di sini. Kepuasan anda keutamaan kami.


S: RM100.00 untuk satu malam dan satu bilik? Kalau 2 bilik atau 2 malam?

J: Ya, PROMOSI RM100.00 ini sah untuk satu malam dan satu bilik sahaja. Sekiranya anda ingin menambah bilangan bermalam atau bilangan bilik, sila tambah RM100.00 lagi mengikut bilangan tambahan anda.

contoh:    1 malam & 1 bilik ................................... RM100.00
              1 malam & 2 bilik ...................................  RM200.00
              2 malam &  1 bilik ..................................  RM200.00
              2 malam & 2 bilik ...................................  RM400.00


We hope you will enjoy and satisfy booking with us at Manis2Madu. If you have any comment/suggestion please drop your comment/suggestion to us. Thank you.

Name:
No. Telefon
Email Address:
Pertanyaan, Cadangan dan Komen anda...





Click here to create your own form.

0 000 pengunjung bertuah:

Post a Comment

Pesanan dan komen boleh tinggalkan di sini